Pagi nie Daun'z nak kongsi citer ngan korg pasal eksiden yg berlaku di hadapan rumah Daun'z pada malam semalam ( Sabtu, 13/8/2011).. Kejadian berlaku semasa kami sudah berbuka puasa. Abah, adik lelaki dan abang-abang Daun'z sedang men'Amin'kan doa yang di baca oleh abah. Manakala kami (org-org pempuan) sedang mengemas tempat berbuka tadi..
Sedang kami leka mengemas, kami terdengar bunyi dentuman yang amat kuat berhampiran umah. Dummm!!!Srettttttttt!! Kami bergegas melihat ape yg terjadi.. Kami tergamam melihat 1 buah motor telah bersepai di hadapan umah kami dengan kelibat 2 org budak pempuan..
Kami terus bergegas kepada mereka untuk memberikan pertolongan. Setelah diamati, rupa-rupanya salah seorg budak pempuan tue adalah budak jiran sebelah kampung Daun'z (Jannah).. Lebih bt kami tergamam kerana kami baru je jumpa dia ptg tue tok beli kain. Dia keje kat Astana Moda. Hati kami jadi sedih lagi kerana orang yg melanggar mereka telah melarikan diri (Langgar lari)..
Kawan nya tidak ingat apa yg telah terjadi kerana dia yang menunggang motor itu manakala si Jannah pula sebagai pembonceng. Keadaan kawan nya buat kami kelam-kabut kerana menurut adik-adik & abang Daun'z dia meraung (menjerit-jerit). Pada ketika itu Daun'z menunaikan solat Maghrib.
Seusai je solat, Daun'z lihat abang Daun'z telah mengambil kereta untuk menghantar mereka berdua ke hospital dengan ditemani adik pempuan & kakak ipar Daun'z..
Habis je kami (abah, Abg Man, Anas, Kak Dep & Daun'z ) solat Isyak dan solat sunat Terawikh, mereka yg menghantar Jannah dan kawan nya pulang ke umah. Mereka menceritakan semula ape yg berlaku semasa dlm perjalanan ke Hospital Melaka tadi. Kawan Jannah masih meraung-raung lagi. Manakala Jannah semakin lemah kerana kepalanya berasa sakit semasa di dalam kereta.
Sampai di Unit Kecemasan, keadaan Jannah semakin lemah kerana sakit kepalanya dan dia nak muntah. Manakala kawannya pula hnya diberikan rawatan pesakit luar. Daun'z dapat tau tadi keadaan Jannah agak gawat kerana belakang kepalanya bengkak disebabkan terhentak semasa eksiden tue berlaku..
Daun'z doakan semoga Jannah selamat dari semuanya dan bengkak di kepalanya beransur baik.. Amin.. Mudah-mudahan.. Korg pon tolong doakan Jannah selamat ye...?? Amin.. InsyaAllah...
Wsalam..
3 ulasan:
saya doakan mereka smua slmt dn dilindungi Allah dan disembuhkan sakit.. dan sy doakan juga agar Allah bgi pringatan buat org yang langgar lari tu,sebb xbrtggungjawb
Amin...
Amin.. InsyaAllah..Mudah2an dia akan tampil tok serah diri.. Alhamdulillah..Keduanya selamat dan keadaan mereka baik-baik je.. Syukur..
Catat Ulasan