Rabu, 12 Mac 2014

Kau la Ibu.. Kau la Bonda..

Hjh Salimah Binti Hj Surif. Itu la nama penuh bagi bonda kesayanganku. Dilahirkan pada tarikh 27 Julai 1949. Seorang yg lemah-lembut tetapi tegas. Berdarah kacukan Jawa + Bugis, itu la juga darah yg mengalir dalam tubuh badan ku ini. Berkulit putih, berbadan rendang, agak berisi tetapi comeill orang nya itu la gambaran bonda ku. Walaupun hanya sekadar menjadi suri rumahtangga, bonda ku tetap menjadi ikon seorang isteri yg solehah buat aku. Bagi menampung kehidupan kami 8 beradik, bonda ku menolong abah aku dengan cara berniaga di pasar tani. Alhamdulillah.. Rezeki kami tidak penah putus sejak itu. Boleh dikatakan setiap tahun 'renoveted' rumah. Dari rumah yg agak biasa2 je, akhirnya rumah kami mempunyai 7 bilik yg agak selesa.. Syukur.. Semuanya berkat pertolongan dari Allah jua kerana mengizinkan kami hidup seperti ini sekarang..

Sejak aku darjah 5, aku telah ikut ibu & abah pergi miage kat pasar tani. Bayangkan la dalam usia itu, ape la yg aku tau sgt. Kira2 pun failed. Yg aku tau, main sahaja. Kerana kebetulan di tempat kami itu ada taman permainan. Ape lg, bermain sahaja la aku, adik & sepupu2 aku tau.. Penat bermain, makan & minum, pastue sambung main lg.. Haha~~ Sebelum main2 tue, kami tolong parentz kitaorg berniaga dulu. Da abis semua jualan, baru kami bermain sepuas2nya.. Ingat lg, masa kami miage kat situ, pihak FAMA ada buat 1 'event'. Abah masukkan nama aku dalam pertandingan bercerita. Tajuk cite yg aku pilih, Batu Belah Batu Bertangkup. Ye2 jer aku menghafal. Konon nya masuk tv. Tp, sebab ada masalah teknikal, maka cuma kuar kat radio jer.. Huhu~~ Mungkin dari sejak tue la membuatkan aku x takut bercakap depan orang ramai. Sebab masa 'praktis' menghafal tue, aku da bayangkan orang ramai tengah tengok aku. Aku kutip semua tue untuk jadikan aku seorang yg berani sekarang. Alhamdulillah.. Berkat asuhan abah & ibu serta keberkatan rezeki yg mereka bagi untuk kami, seramai 2 orang telah menjejakkan kaki di universiti luar negara dan 5 orang lg telah selamat menjadi graduan universiti tempatan. Cuma aku je yg agak tercicir sebab aku setakat STPM sahaja. Xpela, mungkin rezeki untuk aku lanjutkan pelajaran, agak lambat sedikit.. InsyaAllah.. Aku akan ke sana juga suatu hari nanti, bagi menyahut cabaran dari abah untuk tengok aku menjejakkan kaki di tangga universiti." Sabar ye, bah.. Tolong doakan kejayaan orang ye.. Ada rezeki t, pasti orang akan ke sana juga.." Mungkin sebab aku je yg ikut jejak abah amik STPM, abah x nak aku menyesal x masuk universiti, cam abah dulu.. =(

Setelah hampir 35 tahun bersama abah melayari alam rumahtangga dan bersama anak2nya ini, ibu disahkan menghidapi kanser usus.. Pada masa itu, hanya Allah tempat bergantung harap untuk menyembuhkannya. Hanya dlm 2 bulan ibu sakit, Allah telah menjemputnya. Saat itu, aku baru je tamat STPM. Hampir pengsan aku bila doktor bagitau yg bonda kesayangan ku telah tiada lg. Allahuakhbar.. Da la masa itu tiada di sisinya saat Malaikat Izrail mencabut nyawa nya.. Baru pagi itu, doktor bagitau yg ibu ada harapan dalam 3 bulan lg. Tp, berapa sangat la kudrat seorang doktor, kan.. Dia hanya mampu merancang jer. Tetapi, jika tida keiizinan dari Allah, xde sape yg mampu menghalang nya.. Allah terlalu menyayangi bonda kami. Alhamdulillah.. Ibu pergi dengan tenang. Mukanya seakan2 tengah tidur. Saat ku kucup dahi nya buat kali terakhir, terasa sejuk mencengkam hati aku. Sayu tengok wajah seorang yg banyak bersusah payah demi aku telah tiada lg. Tiada lg teman untuk aku bergurau senda. Teman untuk aku berborak sambil tengok ibu masak. Tiada lg teman untuk aku mengusik masa beliau sedang tidur keletihan. Semua nya menjadi memori terindah buat aku.

Oleh kerana aku paling lama duduk dengan abah & ibu, jadi aku la paling terasa kehilangannya. Ingat lagi, masa malam kami kehilangannya, aku terdengar2 suaranya mengaji dengan sangat kuat. Sangat jelas di pendengaran ku suaranya mengalunkan ayat2 suci ayat Al-Quran sebaris demi sebaris. Wlaupun aku menutup telinga, tetapi suaranya semakin kuat di pendengaran ku. Usai sahaja kenduri tahlil nya, suara itu pun hilang. Puas adik-beradik cuba menenangkan aku masa tue. Aku bukan menangisi pemergiannya. Tp, aku cukup rindu dengannya.. Pada malam itu juga aku terbau satu haruman yg cukup wangi di ruangan jenazahnya di sembahyangkan. Wangian yg tak mampu nak diluahkan. Tukang gali kubur buatnya juga cakap tanah nya mudah jer nak diuruskan & kata lembut jer. Macam 'dia' pun x sabar nak bersama bonda ku..

Bonda ku selamat dikebumikan pada tanggal 18 Oktober 2007 pada Hari Khamis jam 11.15pagi bersamaan 6 Syawal.. Kini, hanya gambar nya sahaja menjadi alat untuk aku melepaskan rindu. Dan setiap kali aku rindu, pasti aku hadiahkan nya bacaan Al-Fatihah. Dan kalo terlalu rindu sangat3, aku baca kan surah Yaasin.. Sebab, bagi aku itu la bukti betapa aku terlalu sayangkan ibu. Wlaupun aku tak sempat nak bahagiakan nya di dunia, akan aku bahagiakan nya di alam 'sana' dengan bacaan Yaasin itu. Itu sahaja yg mampu aku lakukan tika ini. Doa ku, agar ibu tenang disisi Pencipta ibu & Ibu Ditempatkan Dalam kalangan Orang2 yg Solehah & Beriman..Aaminn.. "Kirim Salam kat Kakak Fatimah ye ibu.. InsyaAllah, pasti suatu hari nanti orang akan jumpa ibu & kakak juga..Orang Sayang & Rindu kat ibu sangat2.."

Al-Fatihah..

-ERISYA3103-



Selasa, 11 Mac 2014

CINTA

Bila cinta sudah berputik didalam hati, tiada siapa yg boleh menghalang perasaan itu. Biar la badai ombak yg bergelora memukul tangkai hati, namun untuk menidakkan perasaan itu adalah sesuatu yg amat mustahil. Bila cinta kian bersemi & mekar di kelopak hati, xkan ada siapa yg boleh mencium lagi haruman kasih suci itu.

Perjalanan kisah cinta ku, mungkin tidak semudah kalian. Terlalu banyak ranjau & duri terpaksa aku tempuhi demi utk menghirup nikmat kebahagiaan. Wlapun ia nya terlalu berat bagiku utk mengharunginya, namun aku cekal kan hati ini. Bukan sedikit kumbang yg hinggap di taman hati, tetapi semuanya tidak seperti yg aku inginkan. Aku rimas memikirkan tentang cinta lg. Aku serahkan semuanya pada kehendak & kekuasaan takdir Allah.. Janji Allah itu pasti. Dia hadirkan aku seorang lelaki. Simple. Baik. Cuma tiada manusia yg sempurna dalam dunia ini. Namun, aku bersyukur dipertemukan dengannya. Tanpa aku sedari, perkenalan sesingkat itu membibitkan perasaan cinta dalam hati ini.. Adakah ini jodoh ku, Ya Tuhan..?? Adakah insan ini pasangan yg Kau tuliskan sejak aku dalam rahim bonda ku lg.?? Adakah ini sebenarnya Cinta..?? Ya Tuhan... Berikan la petunjuk buat hambaMu ini.. Aaminn...

Hari ini, genap la 7 bulan ikatan percintaan kami berdua. Segala suka, duka, pahit, manis, kami kongsikan bersama. Aku terlalu bahagia memilikinya.. Amat bahagia.. Setiap hari kata2 cinta meniti di bibir ku buat nya. Kerna bagi ku, beliau la insan yg terlalu istimewa & beliau juga la insan yg boleh buat aku melalui fasa perasaan yg berbeza2.. Hepi, marah, merajuk, geram, ketawa & yg paling penting.. Beliau suka buat aku tersenyum.. Di kala aku menaip ini, senyuman diwajahnya bermain2 didalam ruangan fikiran ku.. Dan tanpa ku sedari, aku juga turut mengukirkan senyuman.. Senyuman paling manis khas buat nya.. Senyuman tanda cinta & sayang.. Senyuman tanda rindu & kasih.. Senyuman dari seorang kekasih kepada kekasihnya..

Terima Kasih Cinta Atas Segalanya.. Terima Kasih di atas kasih-sayang ini... I Love U So Much..

-ERISYA 3103-

Isnin, 3 Mac 2014

LUAHAN HATI

Bila hati mula berbicara, langkah kian perlahan..
Bila hati mula meluahkan kata2, kaki kaku berdiri..
Bila hati mula bersuara, jantung juga bagai mengerti..
Bila hati mula menyanyi indah, tiada kata seindah cinta..

Jodoh,

Andai dia jodoh ku, tenangkan la hati ku bila bersama nya..
Andai dia jodoh ku, kuatkan la ikatan kasih-sayang antara kami..
Andai dia jodoh ku, berikan la kami kekuatan utk menghadapi setiap ujianMu..
Andai dia jodoh ku, berkati & rahmati la hubungan kami..

Abah.. Emak..

Hanya pada kalian kami memohon restu..
Hanya pada kalian kami memohon doa..
Hanya pada kalian kami memohon tunjuk ajar..
Hanya pada kalian kami perlukan saat susah & senang kami..

Ucapan ku buat mu sayang,


Sejak kau hadir dalam hidup ku, aku mula sangsi dgn ketulusan hati mu. Kerana terlalu byk masalah & perkara yg berbangkit. Aku cuba meyakinkan hati ku utk memberi peluang sekali lg utk kita memperbaiki hubungan kita.Sekali lg kau membuat hati aku terluka lg. Sakitnya hati ini, bagai dihiris belati tajam. Kau sekali lg minta diberikan peluang untuk berubah. Walau hati terluka pedih, aku cuba berfikir ape yg terbaik buat ku. Aku memberikan sekali lg peluang. Kini, baru ku sedar yg kau benar2 menyayangi ku. Aku nampak ape yg kau cuba buktikan pada ku. Aku perhati semua tingkah-laku mu. Kini, kau benar2 berubah. Kau benar2 buktikan padaku betapa pentingnya diri ini dalam hati mu.. Kita juga sudah mengikat janji utk meneruskan hubungan ini sehingga ke jinjang pelamin. Cuma masa & hari sahaja yg belum pasti. I'Allah.. Mudah2an segala urusan kita dipermudahkanNya.. Amin.. Hanya satu yg aku pinta. Jangan curangi diriku. Andai kau menyukai wanita lain selain diriku, berterus terang la. Kerana dari situ baru ku tau yg kau jujur pada ku.. Tp, aku tetap sentiasa berdoa agar jodoh ini hanya milik kita berdua.. InsyaAllah.. Aku terlalu menyayangimu, insan yg berjaya menakluki hati ini... <3 ~~


- ERISYA 3103 -

Ahad, 2 Mac 2014

GADUH



Assalammualaikum w.b.t. Setelah hampir setahun aku tinggalkan blog, hari ini secara rasminya aku akan mula aktif tok bercerita. Apa yg aku paparkan, hanya la sekadar nukilan hati aku jer. Kalo suka, boleh add. Kalo x suka, aku x kesah pun. Sbb, bukan mudah nak puas kan hati orang, kan.. huk3~~ Setelah terlalu byk dugaan & ujian yg melanda hidup aku, Allah pertemukan aku dgn seorang insan yg bg aku anugerah terindah penah aku terima. Alhamdulillah. Insan yg berjaya menakluki hati aku kini, cuma insan biasa tetapi punya hati yg sgt luar biasa. Aku sgt2 berterima kasih padanya kerana sudi menerima kekurangan diri ini & terima diri ini seadanya diri ku. Terima kasih byk, syg.. Syukur, Alhamdulillah.. Bg post pertama bg tahun ini, aku mulakan dgn cite yg agak x best sgt pasal kami.Nak tau..?? Korg baca la (kalo sudi). Post nie pun aku bt sbb aku nak ia nya jd kenangan buat kami berdua. huhu~~

Arinie, 2 Mac 2014 kami bergaduh lg buat kali ke-3. Semuanya berlaku kerana salah paham dari pihak dia & rasa tercabar dirinya. Aku sudah cuba berusaha utk berfikir secara matang. Aku tolak semua kemungkinan2 yg berlaku. Aku cuba positifkan diri & cuba me macho kan diri.. hik3~~ Kisah sebenar pergaduhan ini hanya la bermula dari BLOG.  Ape yg dia marahkan sgt kat aku nie, biar la aku je yg tau. Bg la ruang privasi sikit kat kami.. Malas nak ingat lg. Takut kang gaduh lagi lak.. huhu~~

Aku terlalu menyayangi dirinya. Orang kata cemburu itu tandanya sayang. Tp, x kan mungkin utk aku cemburu buta. Sejak menjadi kekasih hati dia, aku berusaha utk menjadi yg terbaik utk nya. Bila aku da sayang seseorang, aku fokus kat dia je. Tp, jgn sampai tiada rasa sayang di hati ini lg. Sbb tue, seboleh nya aku jaga hati dia. Sbb, hati lelaki nie lain. Bila sekali dia ckp x suka, jgn la ulangi nya. Satu lg, jgn cuba2 cabar hati seorang lelaki. Selain tapak tangan diaorg hinggap kat muka kita, peratus utk dia tinggalkan kita adalah tinggi. Jgn cuba2 nak buat ape yg aku pesan nie ye! Pengalaman, adalah cikgu terbaik aku.. huhu~~

Berbalik pada kisah gaduh kami td.. Aku pujuk dia sebaiknya. Aku cakap ape yg aku rasa nak cakap. Aku pujuk sampai dia btl2  kembali baik cam sediakala. Bersyukur sgt bila dia da maafkan aku & bg aku pgl dia 'sayang' semula.. Nie la kuasa CINTA. Alhamdulillah.. Mudah2an cinta ini hanya milik kami berdua. Bersama. I'Allah.. Amin..

Ape yg boleh aku cakap kat sini, ape yg berlaku pada hari ini pasti ada hikmah disebalik nye. Kita hanya manusia yg sentiasa khilaf. Manusia yg sering melakukan kesalahan. Tp, insan yg sebenar & beriman adalah insan yg sudi memaafkan insan lain. I'Allah. Ape yg baik datangnya dari Allah.. Mudah2an kita semua dirahmatiNya..Amin...

Kla, nak sambung dgr lagu. Ade masa t, aku conteng2 lg wall nie ye.. hahakz~~ Wsalam...


Isnin, 16 Julai 2012

My Job..

Assalammualaikum...


       Da lama rasanya blog aku nie menyepi tanpa ada citer yg menarik.. Ntah la.. Aku x tau nak citer ape.. Tp, aku cuba gak ler create satu story pd petang2 yg syahdu nie..Aku nak citer ape sebab nye aku menyepikan diri selama nie.. Maklumla, dkt berbulan gak ler blog aku nie bersawang..

       Story nyer bermula pada penghujung bulan 1 aritue.. Adik aku (Anis) ada la kenal ngan sorg kakak nie.. Dia admin kat salah sebuah hotel bajet kat Melaka Raya nie( Nama dirahsiakan.. ).. Dia ajak dak Anis nie keje kat hotel tue.. Tp, dak Anis x nak. Anis suh ler aku yg p try.. Dgn kemalasan tahap maksimum, aku wat endah tak endah jer la.. Tp, tetap p interview kat hotel tue.. Manager hotel tue tanya aku.. "Ada apa2 yg awk nak tanya..??' Dgn selamba aku jawab.." Gaji camne ek, encik..??" haha~~ Hampes jer aku.. Tak penah lg aku tanya soklan cepu mas tue kat mana2 manager sebelum nie.. Manager tue pun terangkan la.. Pastue dia cakap,'kalo camtue, awk boleh mula start keje esok.."Aku terdiam.. "Err.. Kalo sy masuk pas raya Cina t boleh x Encik..? Sebab sy nak p Perlis mlm nie..." haha~~ Terdiam lg manager aku.. (Maaf ye En.Man..). Pas tue dia kata.." Ok, kalo camtue, 25/1/2012 t awk dtg kol 9pg.. Jumpa Pn. Norima.. Dia akan tunjuk ajar awk camne kerja2 di Front-Office..". Aku jwb, "ok Encik.. Terima Kasih.." Nak jadikan citer, pg2 subuh 25/1/2012, aku bgn la tok p kojer.. Berbaju Merah+ Hitam, aku parking kete kat Hattern Square.. Tue la pest time aku park kete kat situ.


      Nak hensem kan lg story aku nie, aku park kete kat level 3.. Aku cari lif nak turun bwh xde.. Umanghaii.. Aku pun cari tangga. Da berpusing2 tue, baru aku nmpak tangga turun ke bwh. Punya la penat. Turun2 jer, aku terus menapak smpai hotel tue.. Sampai2 jer hotel, pale aku pening.. Bukan sbb psl keje kat situ. Tp, sbb berpusing2 cari tangga td.. Hua3~~


       So, bermula la alam pekerjaan aku kat hotel tue sebagai Front-Office.. Department yg paling x best. sebab kene cover cun & kene aktif.. (Letih, beb..) Diam x diam, da masuk bulan 7 aku keje kat situ. Melayan kerenah staff, guest(customer), peminat fanatik & segala macam cabaran semasa di situ.. Dari aku bermula dgn RM0.00, kini aku da mampu utk beli ape je aku nak. Termasuk kasut(setiap bulan WAJIB beli wlaupun harga rm10 jer.. Bukan org tau pun kan..?? huhu~~), beli alat mekap, belanja ayahanda tersayang & beli makanan utk haiwan2 peliharaan di umah.. Alhamdulillah.. Mudah2an Allah limpahkan lg rezeki yg halal buat aku & family aku..Amin...


       Kla, tgu story aku yg lain nanti yo.. Tp, aku x jnji ler bila aku nak conteng2 lg.. InsyaAllah, kalo aku free, aku taip ler ape2 ye.. Kla sumer.. Jaga diri bebaik.. Keje rajin2.. Dan kalo nak kawen tue, hallo2 la aku kat sini ye.. (^_^).. K, papai... Wsalam... *SyazRal 2313*

Selasa, 20 Disember 2011

MAJLIS PERKAHWINAN (1)~~~

Assalammualaikum kepada semua rakan & sahabat taulan Daun'z..

Seperti yang aku janjikan pada keluaran yg lepas utk meng'update' majlis kawen kakak ngan abang aku.. So, kat sini aku ade le letak beberapa keping gambar yg aku rasa kan owesem je nak bg korang tgk..

Majlis Pernikahan kakak aku, ADIBAH SAI'DAH (Kak Deep)telah berlangsung pada ari Jumaat, 25/11/2011 pas solat Asar.. Alhamdulillah.. ngan sekali lafaz, akak aku da menjadi suri hati asben dia, MOHD BAHKTIAR B. Hj Rahuddin.. Ramai gak yg datang masa tue.. Sampai penuh bahagian ruang tamu umah aku tue. Aku pon tgk kat celah-celah pintu je.. Aku paling suka tgk baju nikah kakak aku.. Santeqq giler.. Rasa cam nak mintak mak andam tue je bt jadi hak milik kekal aku, tp segan lak nak cakap.. kui3~~

Majlis Pernikahan abang aku lak, SYAMSUL HANI ( Abg Col) pula telah diadakan 2 minggu awal di umah pihak pengantin perempuan di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 11/11/2011.. Majlis pernikahan itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid (alamak, lupa lak nama masjid tue..) yg pasti kat Penang la..
huhu~~ Dengan 2 kali lafaz, abg aku sah menjadi suami kepada Suhana Bt Shamsuddin. Alhamdulillah..

Majlis resepsi diaorg nie diadakan di teratak someiill ayahanda aku kat Melaka nie pd 26/11/2011 (Ari Sabtu).. Jadi, inilah hasil kerja keras aku, ayahanda, dan semua yg terlibat dlm menjayakan majlis mempelai di kampung ku ini..

Jika ada kekurangan, mohon dimaafkan.. huhu~~ Tunggu sambungan majlis perkahwinan ini dengan kemunculan artis muda yg baru meningkat naik.. nak tau sape?? So, kene la TUNGGUU...

Sila la ye melihat-lihat dulu gambar keluarga besar ku yg aku rs sgt santeqqq.. ^_^



-KAK DEEP SEBELUM NIKAH-


-ABANG COL DAN KAK SUHANA-


-KAK DEEP SALAM ABAH-


-ABANG BAKHTIAR, KAK DEEP, ANIS DAN DAUN'Z-




-DAUN'Z, ANIS DAN ANAS-









- KAMI DAN AH TONG @ APEX ( MOHD ANIQ, ANAK KAK NOZA)

Khamis, 15 September 2011

MIAGE KEREPEK..~~~

Assalammualaikum To All My Prendz..

Sebelum nak memulakan borak-borak kita pagi nie, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir la hendaknye.. Pada hari mulia, bulan mulia nie, aku nak mohon seribu kemaafan kepada semua kawan aku.. Tak kira la dari SKPD, STP Jasin mahupon dari SMKDARY.. Tak lupa juga kepada semua pembaca blog aku nie.. Besar harapan aku agar korang dapat maafkan semua kesalahan aku.. ^_^

Setelah 2 minggu aku p beraya ( wpon lom puas beraya lg), aku da start miage kerepek-kerepek aku nie.. Sambutan kali nie agak kurang la.. Tak pe la.. Pas raya t, aku akan p merayau lagi tok jual kerepek aku nie.. Ade costemer cakap ngan aku yg kerepek-kerepek aku jual nie sedap.. Alhamdulillah.. Syukur.. Ade lak kata kerepek-kerepek aku nie tak semanis aku.. hahaha~~ Nama pon kerepek. Tak kan la boleh manis lak ek?? ( cth cam kerepek kentang berkari, huhu~~)

Sambil miage, aku juga keje part-time.. haha~~ Sape dok area Batu Berendam mesti akan jumpa aku tp, kat mana aku keje, tue ada la rahsie ( atas faktor keselamatan). Aku sonok keje kat situ. Dapat jumpa ramai orang. Dapat jual kerepek-kerepek aku la yg paling sonok. Kat situ, tak kira melayu, India mahupon cina beli kerepek aku.. Ingat org melayu je yg makan. huhu~~ Arinie last aku p situ untuk minggu ini. Coz, ari Jumaat semua kakitangan gov mahupun semi gov akan bercuti sempena Hari Malaysia..

Ari Sabtu lak aku nak sambung p beraya ngan ahli keluarga aku. Best nyee kumpul ramai-ramai semula.. Punya la susah nak berjumpa ngan 8 adik beradik serentak. Atas faktor kesibukkan Dan giliran beraya ke umah mentua.. So, nie la masanya kami berjumpa semula. Alhamdulillah.. Hope, raya kali nie amat bermakna buat aku sekeluarga.. Amin.. InsyaAllah..

Okla.. sampai sini jer aku nak citer kat korang. Kalo ade story bestt, aku akan conteng-conteng lagi.. Jaga diri bebaik walau di mana korang berada tau.. Ingat la yang tersayang, terutamanya emak dan ayah.. Jangan pandu kete/ moto laju-laju. Buat ape nak sampai cepat kalo nyawa yg melayang dulu.. Betul tak?? Biar Slow & Steady.. Jangan lupa baca doa naik kenderaan & ayat Kursi sebelum memulakan perjalanan.. InsyaAllah, selamat la semua hendaknya.. Amin..

Wsalam...