Jumaat, 29 Julai 2011

24 PERINGATAN BUAT WANITA...~~~

Assalammualaikum W.b.t pada All my Prenz..
Memandangkan arinie ari Jumaat yang banyak kelebihannya sebagaai penghulu hari, Daun'z nak share-share ngan korang hal kewanitaan, terutama bagi golongan yang sudah bergelar isteri.. Golongan remaja khususnya boleh la sama-sama dapat sedikit ilmu sebelum mengambil keputusan utk melangkah ke gerbang perkahwinan nanti.. Biar la ilmu begini diwar-warkan..Mudah-mudahan sama-sama mendapat pahala dariNya..InsyaAllah..Amin...

Di sini Daun'z ade sediakan 1 artikel yang mungkin korang da pernah baca di mana-mana sumber. Media cetak, media elektronik mahupun di mana jua. Mungkin ade yang sudah terlupa. Mari la kita sama-sama saling
ingat-mengingati dan mudah-mudahan rumahtangga dan keluarga diberkati oleh Allah s.w.t..InsyaAllah..

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).


2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.


19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Khamis, 28 Julai 2011

MALAYSIA vs SINGAPORE...~~~


Assalammualaikum.. Daun'z nak share kan rasa bangga yang x terhingga kepada pemain-pemain Malaysia diatas usaha yang mereka tunjukkan sebentar tadi. Walaupon kalah kepada kepada pasukan Singapura ( 4-6), namun mereka telah berjuang bermati-matian.

Daun'z perhatikan ramai juga yang tak puas hati pada jurulatih Malaysia, K.Rajagopal supaya berhenti jadi jurulatih pasukan Malaysia. Setahu Daun'z la, dia da berusaha sungguh-sungguh nak naikkan nama Malaysia setelah kita mengalami kekalahan yang Maha teruk sebelum nie. Kita jangan lupa pada jasa dia yang berjaya naikkan nama Malaysia pada game Suzuki AFF yang lalu. Mungkin dia salah buat perhitungan semasa game di Singapura. Berikan kepercayaan kepada keeper Sharbini (Daun'z mmg x puas hati tol la..) dan bahagian pertahanan (Defend) yang SANGAT-SANGAT teruk. Itu la kesilapan K.Rajagopal.

Ape-ape pon, Daun'z sangat bangga ngan khidmat keeper terbaik Malaysia (setakat nie la..), Khairul Fahmi & Safee Sali.. Terbaikk arr diaorg nie. Hope pasnie, team Malaysia boleh buat yang lebih baik.. Daun'z sentiasa support sukan Malaysia.. Wlau pon kalah, tp lebih baik kalah dengan anak jati negara sendiri daripada menang tetapi semua player import. Buat malu je arr kan??

Team Singapura memang pandai buat lawak arr.. Dari game aritue lagi Daun'z asyik gelak guling-guling je ngan strategi permainan diaorg. Korang tak perasan ke?? Diaorang sangat pandai berlakon. Diaorg hentak, sepak, tendang, & macam-macam lagi kat pemain kita, tp diaorang yang sakit.. Hahaha~~ Cakap bodoh, marah lak. Tp, cuba main betul-betul. Tp, Daun'z lom pernah lagi tengok goal keeper kene kad kuning sebelum nie (tak tau la kalo ade keeper yang pernah dapat) cam keeper S'pore tadi.. Nak gelak ke nak ketawa nie?? ( gelak dalam hati la, hahaha~~)

Tue jela kot yang Daun'z nak share ngan korang. Kalo ade ape-ape game lg kat Malaysia nie, Daun'z share-share la ngan korang. Jom kita usha-usha gambar pemain-pemain tadi kat bawah nie.. ( yang pemes la, huhu~~) Wihuuuu~~


Khairul Fahmi B. Che Mat ( Penjaga Gol Malaysia)


Safee b. Sali ( Penyerang Malaysia)


S Kunalan FAM


ketepi boleh tak budak itam..gua nak gelecek bola sampai esok lu tau tak..lu jangan lah sibuk..


PEMAIN Malaysia Mohd Safee Sali menanduk bola yang cuba disaingi Pemain Singapura dalam perlawanan timbal balik pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil.


DAUN'Z DAN ARTIS~~

Assalammualaikum w.b.t..

Daun'z da lama x conteng2 blog nie.. Tak tau nak share ape ngan korg. Baru-baru nie, Daun'z ade p tengok konsert Hot F.M kat Mydin, Air Keroh , Melaka.. Mula-mula datang, macam takde paper je.. Daun'z ngan adik pon lepak dulu kat dalam Mydin sambil tengok-tengok orang datang makan, minum, dating, shopping.. Sampai kol 4 petang, baru konsert tue start.. Kitaorg diri la kat blah belakang-belakang.. Alhamdulillah la kami nie tinggi. Dapat la tengok.. hihi~~

Konsert petang tue dimulakan dengan kumpulan V.I.P.. Nyanyi lagu pemes diaorg.. Apetah tajuknye.. Ade sedih-sedih.. ( Nis, ape tajuknye?? Aku lupa la..hahaha). Diaorg bawak 2 lagu yang dua-dua Daun'z x tau tajuknye.. Ade la terselit muka Adam (tue je yg Daun'z kenal,haha..~~)

Pastue, naik lak Najwa Latiff. Memang sempoi arr budak tue.. Sweet sangat. Sore dia pon memang best. Baru umur 16tahun. Daun'z x tau pon nama dia, lagu dia.. Pendek kata memang x tau langsung kewujudan dia sebagai penyanyi.. Adik Daun'z yg ngajak tengok. Coz, dia fanatik tol ngan budak Najwa nie.. Daun'z baru je dengar nyanyian dia masa p Perodua ikut kakak p servis kete..huhu~~ Dia bawak lagu Baby (Justin Bieber) ngan lagu pemes dia, Cinta Muka Buku..

Pastue, naik lak si Ika dari Mentor tue.. Suara dia, biasa-biasa je.. ( patut le tak menang..huhu~~). Dia bawak lagu bhs omputih ngan lagu dia Di Penghujungnya.. Pastue ade duet ngan si Najwa Latiff lagu omputih..

Last sekali, artis yang buat persembahan adelah kumpulan Sofazr. Si Amir tue, kecik je rupanya. Ingatkan tinggi mana la.. Dengar ceritanya dia baru putus tunang.. Jodoh, bukan kita yang tentukan,kan??

Selesailah sudah konsert tue yang diakhiri dengan sesi bergambar ngan sign-sign.. Tp, Daun'z malas nak naik. Sempatla jugak pozing-pozing ngan si Najwa Latiff ngan FBI( Faizal Ismail)..

Jom kita usha-usha gambar kat bawah.. Wiiihuuuu~~~~





Daun'z Dan Faizal Ismail..


Daun'z Dan Najwa Latiff..