Selasa, 20 Disember 2011

MAJLIS PERKAHWINAN (1)~~~

Assalammualaikum kepada semua rakan & sahabat taulan Daun'z..

Seperti yang aku janjikan pada keluaran yg lepas utk meng'update' majlis kawen kakak ngan abang aku.. So, kat sini aku ade le letak beberapa keping gambar yg aku rasa kan owesem je nak bg korang tgk..

Majlis Pernikahan kakak aku, ADIBAH SAI'DAH (Kak Deep)telah berlangsung pada ari Jumaat, 25/11/2011 pas solat Asar.. Alhamdulillah.. ngan sekali lafaz, akak aku da menjadi suri hati asben dia, MOHD BAHKTIAR B. Hj Rahuddin.. Ramai gak yg datang masa tue.. Sampai penuh bahagian ruang tamu umah aku tue. Aku pon tgk kat celah-celah pintu je.. Aku paling suka tgk baju nikah kakak aku.. Santeqq giler.. Rasa cam nak mintak mak andam tue je bt jadi hak milik kekal aku, tp segan lak nak cakap.. kui3~~

Majlis Pernikahan abang aku lak, SYAMSUL HANI ( Abg Col) pula telah diadakan 2 minggu awal di umah pihak pengantin perempuan di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 11/11/2011.. Majlis pernikahan itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid (alamak, lupa lak nama masjid tue..) yg pasti kat Penang la..
huhu~~ Dengan 2 kali lafaz, abg aku sah menjadi suami kepada Suhana Bt Shamsuddin. Alhamdulillah..

Majlis resepsi diaorg nie diadakan di teratak someiill ayahanda aku kat Melaka nie pd 26/11/2011 (Ari Sabtu).. Jadi, inilah hasil kerja keras aku, ayahanda, dan semua yg terlibat dlm menjayakan majlis mempelai di kampung ku ini..

Jika ada kekurangan, mohon dimaafkan.. huhu~~ Tunggu sambungan majlis perkahwinan ini dengan kemunculan artis muda yg baru meningkat naik.. nak tau sape?? So, kene la TUNGGUU...

Sila la ye melihat-lihat dulu gambar keluarga besar ku yg aku rs sgt santeqqq.. ^_^



-KAK DEEP SEBELUM NIKAH-


-ABANG COL DAN KAK SUHANA-


-KAK DEEP SALAM ABAH-


-ABANG BAKHTIAR, KAK DEEP, ANIS DAN DAUN'Z-




-DAUN'Z, ANIS DAN ANAS-









- KAMI DAN AH TONG @ APEX ( MOHD ANIQ, ANAK KAK NOZA)

Khamis, 15 September 2011

MIAGE KEREPEK..~~~

Assalammualaikum To All My Prendz..

Sebelum nak memulakan borak-borak kita pagi nie, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir la hendaknye.. Pada hari mulia, bulan mulia nie, aku nak mohon seribu kemaafan kepada semua kawan aku.. Tak kira la dari SKPD, STP Jasin mahupon dari SMKDARY.. Tak lupa juga kepada semua pembaca blog aku nie.. Besar harapan aku agar korang dapat maafkan semua kesalahan aku.. ^_^

Setelah 2 minggu aku p beraya ( wpon lom puas beraya lg), aku da start miage kerepek-kerepek aku nie.. Sambutan kali nie agak kurang la.. Tak pe la.. Pas raya t, aku akan p merayau lagi tok jual kerepek aku nie.. Ade costemer cakap ngan aku yg kerepek-kerepek aku jual nie sedap.. Alhamdulillah.. Syukur.. Ade lak kata kerepek-kerepek aku nie tak semanis aku.. hahaha~~ Nama pon kerepek. Tak kan la boleh manis lak ek?? ( cth cam kerepek kentang berkari, huhu~~)

Sambil miage, aku juga keje part-time.. haha~~ Sape dok area Batu Berendam mesti akan jumpa aku tp, kat mana aku keje, tue ada la rahsie ( atas faktor keselamatan). Aku sonok keje kat situ. Dapat jumpa ramai orang. Dapat jual kerepek-kerepek aku la yg paling sonok. Kat situ, tak kira melayu, India mahupon cina beli kerepek aku.. Ingat org melayu je yg makan. huhu~~ Arinie last aku p situ untuk minggu ini. Coz, ari Jumaat semua kakitangan gov mahupun semi gov akan bercuti sempena Hari Malaysia..

Ari Sabtu lak aku nak sambung p beraya ngan ahli keluarga aku. Best nyee kumpul ramai-ramai semula.. Punya la susah nak berjumpa ngan 8 adik beradik serentak. Atas faktor kesibukkan Dan giliran beraya ke umah mentua.. So, nie la masanya kami berjumpa semula. Alhamdulillah.. Hope, raya kali nie amat bermakna buat aku sekeluarga.. Amin.. InsyaAllah..

Okla.. sampai sini jer aku nak citer kat korang. Kalo ade story bestt, aku akan conteng-conteng lagi.. Jaga diri bebaik walau di mana korang berada tau.. Ingat la yang tersayang, terutamanya emak dan ayah.. Jangan pandu kete/ moto laju-laju. Buat ape nak sampai cepat kalo nyawa yg melayang dulu.. Betul tak?? Biar Slow & Steady.. Jangan lupa baca doa naik kenderaan & ayat Kursi sebelum memulakan perjalanan.. InsyaAllah, selamat la semua hendaknya.. Amin..

Wsalam...

Selasa, 13 September 2011

6 ISTANA TERMEGAH DI DUNIA..~~~

Eropah merupakan salah satu benua di dunia yang paling banyak peninggalan istananya. Dari masa Yunani, Romawi, hingga kerajaan yang kini hanya menjadi simbol saja di negara-negara tertentu, seperti Inggris.

Berikut 6 istana tua nan indah tersebut:


NO 1.
Blenheim Palace, Oxfordshire, United Kingdom.

Blenheim Palace adalah rumah bagi 11 Duke dan Duchess of Marlborough dan tempat kelahiran Sir Winston Churchill. Berdiri di atas tanah seluas 2100 hektar taman yang indah oleh Brown, istana megah ini dikelilingi oleh rumput, pemenang penghargaan kebun formal dan danau besar, menawarkan hari yang tak terlupakan bagi semua.

NO 2.
Buckingham Palace, London

Buckingham Palace adalah kediaman resmi Kerajaan Inggris. Terletak di Kota Westminster, untuk acara-acara kenegaraan. Dan menjadi titik berkumpul bagi orang-orang Inggris pada saat hari nasional.

NO 3.
Chateau de Versailles, Versailles, France


Istana Versailles adalah kediaman resmi Raja Perancis. Awalnya sebagai pondok berburu, dibangun pada tahun 1624 oleh Louis XIII, kemudian diperluas oleh Louis XIV pada 1669. Dia menggunakan pondok kecil sebagai tempat perlindungan rahasia untuk asmaranya dengan Louise de la Valliere dan membangun sebuah taman dongeng di sekitarnya. Jules Hardouin Mansart, arsitek utama raja, menggambar rencana untuk memperbesar dan merubahnya menjadi Istana Seribu Satu Malam.

NO 4.
Dolmabahce Palace, Istanbul, Turkey

The Dolmabahce Palace di Istanbul, Turki, terletak di sebelah Selat Bosphorus, Eropa, menjabat sebagai pusat administrasi utama dari Kekaisaran Ottoman. Istana terdiri dari tiga bagian: Mabeyn-i Humayun (tempat tinggal disediakan untuk orang-orang), Muayede Salonu (ruang upacara) dan Harem-i Humayun (tempat tinggal keluarga Sultan). Istana ini memiliki luas 45.000 m2, dan memiliki 285 kamar, 46 aula, 6 kamar mandi dan 68 toilet.

NO 5.
Taj Mahal Palace, Agra, India

Taj Mahal dianggap sebagai salah satu dari delapan keajaiban dunia, dan beberapa sejarawan Barat telah mencatat bahwa keindahan arsitektur yang belum pernah dilampaui. Taj adalah monumen yang paling indah yang dibangun oleh Mughal, penguasa Muslim di India. Taj Mahal dibangun seluruhnya dari marmer putih. Keindahan arsitektur yang menakjubkan adalah di luar deskripsi yang memadai, terutama saat fajar dan senja. Taj tampak bersinar dalam terang bulan purnama.



NO 6.

Imperial Palace, Tokyo, Japan

Tokyo Imperial Palace adalah kediaman utama dari Kaisar Jepang. Ini adalah area taman, terletak di Chiyoda, Tokyo, dekat ke Tokyo Station dan berisi berbagai bangunan seperti istana utama dan rumah pribadi dari keluarga kerajaan. Luas total termasuk taman adalah 7,41 kilometer persegi


6 RUMAH TERMAHAL DI DUNIA..~~~

Berikut adalah 6 rumah termahal di dunia dimana baik anda mahu pun saya hanya bermimpi memiliki kesempatan untuk tinggal didalamnya. huhu~~

Rumah Termahal Di Dunia

Mukesh Ambani House, Antilla

Ini adalah rumah paling mahal di dunia. Dimiliki oleh ahli perniagaan dari India, Mukesh Ambani, Antilla bernilai lebih dari satu miliar dolar dan memiliki 27 lantai. Dengan konsep gedung pencakar langit, rumah tertinggi di dunia ini dilengkapi sebuah tempat olahraga, dan tempat letak kereta yang mampu menampung sebanyak 150 kendaraan, yang semuanya dimiliki oleh ahli perniagaan itu. Bangunan ini berdiri setinggi 570ft dan seluruhnya terbuat dari kaca dan baja.

Hearst Castle, Beverly Hills

Hearst Castle, Beverly Hills

Terletak di Beverly Hills, Hearst Castle awalnya milik raja surat kabar William Randolph Hearst, yang diwarisi dari ayahnya, George Hearst. Rumah mewah ini memiliki tiga kolam renang, 29 kamar tidur, dan keadaan ruang bioskop keluarga. Rumah ini ingin dijual pada tahun 2007 tetapi kemudian dibatalkan ketika itu kerana tidak ada orang mampu membayar sebanyak 165 juta dolar.

Elena Franchuk's Victoria Villa, London

Elena Franchuk's Victoria Villa, London

Terletak di kawasan mewah Kensington London, vila paling mahal ini sekarang dimiliki oleh filantropis Ukraina Elena Franchuk, yang membeli rumah untuk renovasi pada tahun 2008.

Villa Leopolda, Riviera Perancis

Villa Leopolda, Riviera Perancis

Vila yang bernilai 506 juta dolar ini terletak di Riviera Perancis dibina pada tahun 1902 oleh Raja Leopold II dari Belgia.

Dengan keluasan 80.000 kaki persegi vila ini dilengkapi dengan barang-barang antik yang indah. Berisi 19 kamar tidur, dilengkapi lapangan olahraga, bowling, beberapa dapur dan ruang makan dan ruang teater filem.


Airfield Pond, The Hamptons

Airfield Pond, The Hamptons

Dengan nilai berharga $ 170 juta, rumah mewah milik Ira Rennert berdiri diatas tanah seluas 63 hektar dan dianggap sebagai kompleks hunian terbesar di seluruh Amerika.

Rumah yang dilengkapi dengn kemudahan 29 kamar tidur, 39 kamar mandi, serta ruang makan besar (panjang 91 kaki), 5 lapangan olahraga, bowling dan bak mandi air panas seharga $ 150.000.



"The Manor", Los Angeles

Rumah mewah ini adalah milik tokoh Hollywood yang sudah meninggal Aaron Spelling. Rumah seluas 56.000 kaki persegi digelar"The Manor" oleh istrinya Cindy.
Dibangun pada tahun 1991 dan bangunan ini memiliki 123 kamar, sebuah arena skating indoor, kolam renang, tiga dapur, sebuah kebun pribadi dan boling, dan muzium boneka.




KOLEKSI DAUN'Z-DAUN'Z~~

Nie TONGKAT ALI..

Nie KACIP FATIMAH

Nie DAUN GETAH

Nie DAUN CERMAI



Nie DAUN BIDARA

Nie BELIMBING BULUH











SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...~~~


Assalammualaikum to All my Frendz..

Agak lama x conteng-conteng kat wall nie.. Masa bulan pose aritue agak bz sikit. Maklum la, dgn nak pose, solat terawikh, miage kecik-kecik.. Agak terbatas nak naip-naip nie.. Pastue, kedatangan Syawal pula menambahkan ke bz an ku. Rasa cam nak tercabut tangan & patah riuk pinggang aku nie start masa raya 1-5. Ramai tol sedara mara aku yg aku pon tak bape nak kenal datang umah.. Alhamdulillah.. Meriah tol.. Sampai tak nyempat-nyempat nak p beraya umah sedara yg lain, huhu~~

Tak sia-sia anyam ketupat & masukkan beras.. Byk woo.. sampai 150bijik tahun nie.. Selalu buat 100 je. Tue la rutin harian ku setiap kali menjelang Syawal mahupon raya haji( selalunya buat x byk sgt). Abah aku suka sgt makan ketupat. Tue yg tiap-tiap tahun msti akan cari daun tok dianyam.. Aku nie da agak tahap pakar gak la bab anyam-menganyam nie.. Cuma mulut org je aku lom pakar lg nak anyamkan.. hahahakz~~

Tema kaler baju raya kitaorg tahun nie ialah Unggu. Nama je ade warna tema, tp x sempat pon beraya masa first day raya tue.. sob.. sob.. sob.. Nama pon dok ngan org tua( dok ngan parentz la maksudnya..), so umah aku la antara paling meriah selain umah makcik aku ( da cam primadona kg lak makcik aku nie, huhu~~)

Kalo aku menyempat nak upload gambar, t aku tunjukkan la ye.. Ade org tanya, "x p umah bakal mentua ke??" . Glurpp.. Calon da de. Cuma, segan lak nak p umah dia. Lagipun, dia bukan ade kat umah dia. Lagi la aku segan, kan?? (merah2 dah pipi nie).. Sapela lelaki yg bertuah tue ek?? huhu~~ Tuhan jer la yg Tau..

Da ape yg aku merepek pagi-pagi nie la.. Nak layan katun feveret aku la, Detektive Conan la.. Jumpa lain ari la ye.. Tata.. Wsalam...


Ahad, 21 Ogos 2011

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA...~~~


Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut :

-Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapunsuntikan ubatan tidak membatalkan puasa.

- Muntah dengan sengaja

- Mengeluarkan air mani

- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari

- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita

- Menjadi gila

- Pitam sepanjang hari

- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari

- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

  • Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.

  • Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa
atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)
  • Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong,
maka puasanya tetap sah.. Samalah keadaannya jika
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal..
  • Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang?
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atauBerenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga
perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa
seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan
dari terbatalnya puasa..

  • Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa?

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas,
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan
tidak membatalkan puasa.

  • Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

  • Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu berpuasa, dia dilarangmembersihkantelinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?

Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan
hidung di waktu malam.

  • Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

Sabtu, 20 Ogos 2011

AZAB MENINGGALKAN SOLAT FARDU...~~~

Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.


SAMA-SAMALAH KITA PERBAIKI DIRI DAN BERPESAN-PESAN KEPADA KEBAIKKAN..

wsalam..