Assalammualaikum kpd all my Prenzz..
Da 2 hari x sambung cerita pasal arwah bonda Daun'z kan?? Ok la Daun'z akan sambung knp kami semua tiada semasa bonda menghembuskan nafas terakhirnya.. Pada ari itu, dalam kol 6.30pg, ayahanda & kekanda ipar Daun'z telah melawat bonda di ICU Spital Besau..
Doktor yg merawat bonda Daun'z telah berjumpa ayahanda & kekanda ipar ( Abg Nuar ).. Doktor mengatakan pd mrk bahawa bonda hanya mampu hidup dlm 3 bulan lg apabila melihat keadaan bonda ketika itu.. Ayahanda & Abg Nuar Daun'z sepakat utk ke Darul Syifak di Bangi pd ari itu utk mencari penawar sbg alternatif selain dari ubat doktor.. Semasa dalam p'jalanan mrk ke Bangi yg mengambil masa selama kira-kira 2 jam dr Melaka, kekanda kandung Daun'z ke-3 ( Abg Syamsul ) Daun'z yg ketika itu berada di Penang atas urusan kerja telah mendapat panggilan dari pihak hospital yg mengatakan bonda telah berjumpa dgn 'Kekasih' yg kekal.. Abg Syamsul menelipon ayahanda memaklumkan berita itu.. Mereka yg ketika itu sedang dlm p'jalanan ke Bangi,mengambil keputusan utk terus ke Gombak krn utk mengambil kakak ke-2 ( Kak Deep ) yg menuntut di UIA ketika itu.. Abg ke-2 ( Abg Man ) yg ketika itu pulang 'emengency' dari Scotland berada di umah mentuanya di Pengkalan Hulu, Perak bersama isterinya ( Kak Yaza ) krn atuk sedara kak Yaza juga sedang terlantar sakit..
Di mana Daun'z pula waktu cemas ini?? Yap.. Daun'z berada di umah bersama kekanda sulung ( Abg Azhar) bersama anak-anak ( Along & Bella ) & isteri nya ( Kak Azah ), kakak sulung ( Kak Umi), adik perempuan ( Anis ) dan adik bongsu lelaki (Anas ) Daun'z.. Daun'z yg pada ms itu sedang bersiram menjerit sekuat hati krn terlalu t'kejut dgn berita itu yg dikhabarkan oleh Abg Azhar bila mendapat panggilan dari Abg Syamsul..
Daun'z masih igt lg.. Masa itu, hujan turun renyai-renyai.. Daun'z terdetik dlm hati.. Nape hujan arinie lain sgt dgn hujan-hujan yg selalu?? Ingat Daun'z jer perasan camtue.. Rupanya, Abg Azhar pon terasa juga.. Terasa hujan aritue sgt harum.. Kami yg berada di umah terus bersiap-siap utk ke Spital Besau menuntut kepulangan bonda yg tercinta pulang ke umah.. Semasa di spital, pale Daun'z terasa berpusing akibat kejutan pemergian bonda.. Nasib sempat berpaut pd papan kaunter nurse kat dpn bilik ICU itu.. Setelah siap semua urusan itu, kami semua pulang ke umah sambil menunggu kepulangan ayahanda, Abg Nuar, & Kak Deep dari Gombak..
Sesampai mereka di umah, bonda sedang dimandikan.. Kami x boleh melenggah-lenggah kan masa krn org kata, jenazah terseksa.. Setelah siap dimandi, di kafan, & dimandikan kami semua mengiringi bonda ke pusara.. Hadir juga masa itu ialah atuk yg Daun'z sayangi yg juga merupakan bapa kandung bonda Daun'z ini.. Daun'z tgk wajah atuk begitu sedih melihat pemergian anaknya itu.. Mungkin krn pemergian bonda yg terlalu mengejut, atuk mengalami kesan 'shock' yg sgt hebat.. Sejak bonda kembali kpd Penciptanya, kesihatan atuk semakin merosot.. Atuk kini sudah semakin uzur & keadaannya begitu menyebabkan kami semua agak bimbang & memberikan perhatian sepenuhnya kpd atuk..
Daun'z sgt-sgt bersyukur diberikan kesempatan utk merasai kasih syg seorg insan yg bergelar ibu, wlaupon ianya hanya sementara sahaja.. Pesan Daun'z pada semua Prenzz Daun'z, hargai la ibu anda sementara ibu masih hidup & bernafas.. Sayangila BONDA anda sebelum mrk dijemput Allah s.w.t.. Jgn sia-siakan ksh syg mrk pd anda.. Semoga BONDA Daun'z & semua BONDA yg telah kembali ke Rahmatullah ditempatkan dlm kalangan para anbiya', para syuhada', para solehah & org-org yg beriman.. Daun'z SAYANG ibu...MUAHHHH...(kalo la dpt mencium ibu saat ini....) Errmmm..
KENANGAN TERAKHIR BERSAMA IBU.. BERPIKNIK DALAM KEBUN GETAH... (^_^)
Maaf la muka Daun'z agak poyoz masa nie..hahahakz~~ Somell x muka ibu Daun'z??



3 ulasan:
Menitik air mata ketika membaca rakaman rentetan peristiwa pemergian emak..
Terima kasih di atas rampaisari ini, abg kedua tiada kekuatan untuk mencatat satu persatu peristiwa pilu itu.
Terima kasih...
ERMM..semuanya tinggal kenangan pada kita semua kan??
sedihnye..rindu kt ibu..huk huk T_T
Catat Ulasan